Memori bersama


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, April 16, 2010

latihan kebakaran


Demonstrasi kebakaran

Latihan kebakaran di padang SK Peserai
Pegawai Bomba datang untuk membuat demo kebakaran.

Taekwando

Kenal tak? Saya dengan Syasya, adik saya.
Grading Taekwando nak ke tali pinggang hijau.
Kawan-kawan, best tau belajar taekwando,
selain dapat mempertahankan diri,
ia juga boleh mengisi masa lapang.

Grading Taekwando



Monday, March 15, 2010

Sambutan Maulidurrasul S.A.W


Ini gambar ayah aku bersama dengan ceramah undangan
Ustz Riduan Tee Abdullah masa sambutan majlis
maulidurrasul kt kampung.
Majlis ni pada 14.3.10 jam 8.30 mlm di Surau Linau Kecil, Bkt Pasir.

SK Peserai Johan lagi

Yeaaayyyh!!! menang.....
Masa ni bergambar dengan guru besar dan juru latih olahraga sekolah.
Ibu kita pun terlibat sama.
Hip-hip horey!!!

Ish! tangkap gambo lagi la....

Wow!!! best nya... hebat gituuuuu...

Thursday, February 25, 2010

Why use ICT

  • Is the process of transformation as a student.
  • Changes in the era of globalization era led me to apply the use of ICT technology in a variety of things in schools that use ICT.
  • Effects of globalization and liberasasi claim to challenge students to develop a knowledge worker or k-literate and skilled in the use of information and communication technology (ICT).
  • Interest has been light so widely used in daily life.
  • Using ICT in preparing assignments and training in the Assign by teachers. As a book scraps with search specific websites as references.
  • Leveraging ICT hardware in the schools.
  • Help me using online learning.
  • Are easy to access.
  • Quickly obtain information.
  • Want to become a student of technology and able to realize the dream of India becoming a developed nation by 2020.

Pantun Anti Dadah

Pantun Anti Dadah

Indahnya buana juga angkasa,
Tidak terkira beribu batu,
Dadah durjana perosak bangsa,
Remaja terleka mengapa begitu
Indah baiduri dari kencana
Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuskah dadah di dunia ini
Anak merak anak anakmerbah
Asyik beradu dalam sarangnya
Rosak akhlak kerana dadah
Remaja begitu apa puncanya
Batu delima dipecah kecil
Angin puputan awan berarak
Punca utama dadah diambil
Pengaruh rakan sukar di tolak
Ulam senduduk dan juga penggaga
Enak dimakan di atas tikar
Iman di pupuk takwa di jaga
Barulah dadah boleh di hindar

Sajak Anti Dadah

Dadah Durjana Pemusnah Bangsa
Janganlah leka pemudi pemuda,
Harus waspada setiap masa,
Bagi membina wawasan bangsa,
Berbagai rupa serta bentuknya,
Heroin, candu, syabu dan sebagainya,
Walau apa jua panggilan namanya,
Tetap membawa bahaya petaka,
Jangan kita mudah percaya,
Ketagihkannya membawa sengsara,
Dadah yang hina jangan dicuba,
Kelak hidup akan merana,
Melentur biarlah waktu rebungnya,
Menanam bibit citarasa,
Menghayati seni sosial budaya,
Setiap ribut sosial dalam keluarga,
Perlu ditangani dengan bijaksana,
Ketagihan dadah bisa merosakkan,
Kesejahteraan kita sekeluarga,
Masyarakat dan bangsa negara,
Marilah bersama perangi dadah,
Membantu Negara capai sasaran,
Kita bangkit dengan kejayaan,
Wawasan Negara kita buktikan,
Malaysia berjaya dengan kecemerlangan
.

Mengapa kita mesti menguasai ICT

Mengapa kita mesti menguasai ICT?


  • Merupakan proses tranformasi sebagai seorang pelajar.
  • Perubahan zaman era globalisasi ICT mendorong saya mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara di sekolah supaya menggunakan ICT.
  • Kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan pelajar berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  • Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian.
  • Menggunakan ICT dalam menyiapkan tugasan dan latihan yang di tugaskan oleh guru. Seperti membuat buku skrap dengan search laman-laman web tertentu sebagai rujukan.
  • Memanfaatkan perkakasan ICT yang ada di sekolah.
  • membantu saya yang menggunakan pembelajaran atas talian.
  • Mudah untuk di akses
  • Pantas mendapatkan maklumat.
  • Ingin menjadi seorang pelajar yang berteknologi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju tahun 2020.

Majalah PC

Hai, kawan-kawan!!!
Saya nak berkongsi tentang Majalah PC.
Pernah dengar tak sebelum ni?
Banyak info boleh dapat apabila klik saje. http://majalahpc.cjb.net/
selamat mencuba...

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Sunday, February 21, 2010

menyambut ulang tahun yang ke 10 tahun

Welcome to Hotel Seri Malaysia, Mersing.
Datang sini sebab nak sambut Hari Jadi aku yg ke 10 thn pada 20.02.2010.
Terima kasih ayah dan ibu sebab bawa ke sini.
Jom lah!!! nak pi mandi kat kolam renang ni....

Jom berenang

Jom berenang!!!

Berenang boleh tenangkan fikiran...
best tau!!!

Mandi-manda di kolam renang


Jom mandi...
seronok tau! hari ni aku dapat belajar berenang dengan ayah.
Sekarang dah pandai berenang.
Pengalaman yang best sangat sebab hari jadi aku tahun ni...
aku dah pandai berenang....
Thank you ayah...

Friday, February 19, 2010

hobi

waktu senggang je... komputer jadi teman hidupku.
Tapi... sebelum syok menghadap komputer ni, kena bereskan kerja sekolah terlebih dahulu.
Jadi tak tertangguh lagi kerja sekolah.
Boleh layari internet spt ke http://leebook.com.my kawan-kawan boleh lah terus ke laman ini untuk mencari pelbagai bahan judul buku yang boleh di baca.

Thursday, February 18, 2010

Bercuti di Pantai Kemasik, Terengganu

Hai!!! nak kenal tak? dari kiri, Yani, Ikin dan Intan.
Kenangan bercuti di Pantai Kemasik.

Sign board Pintu masuk Pantai Kemasik, Terengganu.
Bercuti di Terengganu dari 14.2.2010 hingga 17.2.2010.
Mendaki di kaki bukit Pantai Kemasik. Tinggi tau!!!

Best.... gambar kat tepi pantai ni tau.....

Takde kawan. pokok jadi kawan lah... he... he.... he....





Thursday, February 11, 2010

Melawat Masjid Kristal

takut!!! masa ni angin kuat.
itu yang aku kena pegang pagar jambatan ni kuat-kuat.

Pantang bergambar...
Possing habis beb!!! aku memang suka kalau bergambar. ...
cuba cari... yang mana satu ?

Wednesday, February 10, 2010

Kuda ku lari kencang

Sape tu? Ish! Ish!Ish!! Aku ( yanie) dengan Intan la...
Kalau kawan-kawan nak tahu, best tau dapat naik atas kuda ni.
Mula-mula rasa takut tu ada. Tapi... apabila kuda tu dah jalan,
hmmmm.... rasa tak nak turun pulak.
bayar tetap bayar tapi cuma RM 2.00 aje.
Berbaloi-baloi....
Nak cuba naik tak? mai laaa...... datang pi Teluk Kemang.

Pengalaman menunggang kuda

Tuesday, February 9, 2010

Dapat hadiah

Dapat juga hadiah selepas penat berlari 4 x 200 meter.
Kawan-kawan yang lari Hani, Aini dan Maisarah.
Banang... Juara!!!


Salam Perkenalan

Selamat datang ke blog saya. Jangan segan-segan berkongsi idea.

jom tengok same...